Friday, July 22, 2011

hari Jumaat, penghulu segala hari

suka sgt hari jumaat, sbb bila nak kuar jalan, automaticly mindset nak pakai bj kurung.. dah terbiasa dr kecik oleh mak sy... masak sedap2 hari jumaat utk mkn tghari.. yelah tggu ayah ngn adek laki balik dr smyg jumaat.. makan ramai2.. tanya apa khutbah tadi... rasa sgt mulia pada hari tersebut.. suma jadi budak baik kot hehehe..




oke share ckit peristiwa,hikmah dan kelebihan hari jumaat ;)


Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:


“Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya AldilFitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu:

1. Penciptaan Adam.
2. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga.
3. Pada hari itu juga, dia wafat.
4. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram.
5. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”.
HR Ibnu Majah & Al-Baihaqi

Menurut Imam Sayuti antaranya ;

1. Semua roh-roh orang Islam pada hari itu akan berkumpul
2. Mayat-mayat akan terselamat dari seksaan kubur.
3. Sesiapa yang meninggal pada malam Jumaat atau pada siangnya maka ia akan terselamat dari seksaan kubur.
4. Api neraka tidak menyala.
5. Semua penduduk syurga akan menziarahi Allah Ta’ala.


Pada hari Jumaat Allah meletakkan kelebihan yang tidak terhingga. Pada hari ini
Dijadikan nabi Adam,
Turunnya ke bumi serta hari dimana wafatnya baginda.
Pada hari Jumaat juga akan terjadinya kiamat
Pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa
Pernikahan anatara Nabi Yusuf as dengan Zulaikha
Pernikahan antara Nabi Musa as dengan Shafrawa
Pernikahan Nabi Sulaiman as dengan Ratu Balqis
Pernikahan anatara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah
Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah
Pernikahan antara Sayyidina Ali as dengan Siti Fatimah .



“Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (al-Jumu’ah:9)



***haa ni laki2 pegi solat jumaat hari ni yer.. sejok hati tgk suma masjid penuh dgn manusia nak smyg.... baru satu hati.. sejok gak tgk suma pakai kopiah songkok n berbaju mlayu... hehe

** jgn lupa potong kuku hari ini - nescaya keluar dosa dosanya seperti pada hari dilahirkan dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah s.w.t

7 comments:

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

tq info folo sini jom singgah eyr

eVa said...

mya : urwcm.. oke.. tQ ;)

Encik JI said...

jumaat pghulu hari.

hayatilah jumaat ini dengan sebaiknya kerana jumaat mndatang tidak pasti lagi kita akan merasainya.

eVa said...

encik ji :: betul tu.. subhanallah!

oktant said...

Nak perbanyakkan berdoa pd setiap hari Jumaat. :)

eVa said...

oktant : a'a itulah.. byk pahala pada hari jumaat :)

Azuan said...

Apapun.. Empunya blog ni comel la.. manis jer.. :)