Tuesday, July 23, 2013

Kad Raya Kurang Menyengat


Kan best macam dulu dulu berbalas kad raya. Berebut dengan kawan, dengan adik, gumpul banyak-banyak siapa yang dapat paling banyak kad raya, lepas tu lekat kat dinding sehari sebelum raya. Susun elok-elok, cantek-cantek ikut kreativiti masing masing. Selalunya bila orang datang beraya, mesti orang nak tengok baca kad raya dulu.. sebab nak tengok isi dalam kad tu.. gelak sorang-sorang bila baca.. Itu dulu.. Semua jadi kenangan.. Masa tu sekolah rendah lagi.



18 tahun sudah berlalu. Dulu minta kat mak belikan kad raya. Banyak sangat. tp mak tak bising pun. Boleh beli sampai 10-20 kad. Harga pun murah. 50 sen, 80sen, 90 sen. Beli kad yang murah-murah dapatlah beli banyak-banyak, janji semua satu kelas dan cikgu dapat kad raya. Masa tu lah paling excited bila nak dekat raya. Lepas tu suka baca berkali- kali dalam kad tu.. Seronok baca rasa macam dapat surat cinta pulak haha lepas tu gelak-gelak. ala budak kecik semua benda seronok.. haish rindu..








semua gamba yang saya amik ni saya dapat dari GOOGLE yer. kalau nak cari kad saya yang dulu-dulu dah jadi khazanah dah. tak tau kat mana menghilang.. 18 tahun oke!.. dah berpindah jauh dari tempat asal. Bila tengok dalam gamba-gamba kat atas tu, isi kad raya bukan main panjang lebar ntah apa-apa tulis haha. saya pun suka tulis panjang lebar . Semua benda nak minta maaf.. haha. tp itu yang seronok.. sampai bila-bila boleh ingat.





Lebih kurang macam ini lah bila nak hias kat dinding, tingkap, pintu. Kalau boleh nak penuhkan semua dinding. lagi-lagi depan pintu.  





Tapi sekarang kad raya hilang seri dah.. Walaupun masih ada lagi jual dekat pasar tapi orang pandang sekali jer excited pon xda.. Dah tak mcm dulu.. Sekarang dah berteknologi tinggi semua guna social media, twitter, facebook, instagram, forward, copy + paste, cuma tuka "Daripada nama keluarga". senang, mudah dan asalkan ada wish raya katanyerrrr.. then bila dapat, tengok baca sapa yang kirim lepas tu boleh delete, dah habis crita. hah!! sadiss.. tak best!


okelah sampai di sini saja.. tiba-tiba terupdate pasal ni sebab sekarang tengah minta address nak poskan kad raya. ;) back to the basic. ;)











19 comments:

Cik Wani said...

waa..wani pun suka juak dapat kad raya dolokkk..nang excited! kinek tok dah sik macam dolok, jarang juak nangga umah orang berhias kad raya..miss the old times :')

Kathy Tuah said...

mena kata ktk! dolok kmk dgn kakak mek sukalah ngantong kad raya di dindin.. pasya kamboh beberik kad raya dgn kawan2 di sekolah..kinek tok jarang dah kita nemu..hurmm..

Isyatilla Idris said...

bestnye zaman berkad2 raya dulu. dah lama xdapat kad raya. rindu kan kenangan dulu2.. :)

Isyatilla Idris said...

bestnye zaman berkad2 raya dulu. dah lama xdapat kad raya. rindu kan kenangan dulu2.. :)

Faris Farina said...

sys, nak kad raya :P haha . yepp masa kecik2 dulu banyak sangat dapat . excited tunggu posmen :3

Zuan said...

hehe kejap kejap, tak beli kad lagi

CHU MAJORFLAVA said...

lak kita tukar2 kad raya ok!!

Semut Senyum said...

hye eva...
terima kasih kerana masih ingatkan saya....

lama jugak saya tak blogging...
maknanya lama la saya tak menjenguk rakan2 blog...

ini pun menggunakan kesempatan yang ada utk jenguk blog sendiri, bila nampak eva kat situ, apa lagi, trus la ke blog eva.

Terima kasih kerana suntik semangat saya utk blogging...

comming soon...
=)

btw. Selamat Berpuasa eva! =)

Azham Vsvc said...

Betullah Eva...dah kurang menyengat....tahun ni pun I sendiri tak sempat siapkan Kad Raya mcm tahun2 lepas....kemalasan melanda hehe!

HeNRieTTa JoSe said...

hehehe...btul tu...rietta suka gantung dekat pokok kering...tapi rietta masih amalkan kasi kad...sebab rietta pown suka buat kad....rasa sentimental value dia tu...

MisEyz BLurz said...

mena yaa..knek tok semua org k tepon jak..ilg kenangan sbb kejap jak kta simpan..kakya delete..aduhai..rindu saat pkei kad raya..

boni kacak said...

hehehe. sebab tu kita kena kembalikan tradisi bertukar2 kad raya ni. biar ia kembali menyengat macam dulu :)

Hanie Dew said...

aisehmen..aku pun rindu gak nak dapat kad raya byk2 macam kecik kecik dulu. tahun lepas agak meriah jugak aku dapat kad raya..tahun ni baru nak mintak alamat kat orang nak hantar..

Nick Nashram said...

kalo dulu memang excited bila terima kad raya..x sabar2 nak bukak..nak tau sape la yg hntr kad raya tu..huhu

Suki Man said...

dulu mmg tgu posman datang..kot2 dpt kad raya..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

Pykaa Pdott said...

Btol tuh skrang dah tak sama mcm dulu . Pyka dulu pon rajin jugak berbalas2 kad raya dengan kawan . Bila tulis je mak aii pnjang2 gila . Tp dulu la time skolah . Skrang dah tde dah semua tuh . Tapi still lg smpn kad raya yg kawan2 antar dulu smpai skrang la .

aReLaN said...

raya dulu memang syok. siap bertanding spe palin banyak dapat kad raya lg.huhuhu... skang ni sme men sms atau mms je.takpon kt fb.hmmm

jemari ameera said...

Best mun dapat kad raya berbanding SMS ajak. Ingat ajak, bila malam raya, jem lah SMS malar ajar pending sebab orang gago nak antar SMS/call ucap selamat hari raya

Elih Japahar said...

Comel2 kad raya tu hehe..utk kamek ada sik? ehehe..