Wednesday, July 17, 2013

Ketumbit





baru teringat semalam saya ada gosok mata dengan sesedap hatinya.. siapa tak rasa sedap bila gosok mata tu kan lama-lama makin sedap makin seronok pula menggosoknya.. dan keesokkan harinya tiba-tiba pagi tadi mata terasa sakit dan kembang bila berkelip. tengok dekat cermin nampak kemerahan sedikit dan bila sentuh.. SAH! terasa kebonjolan di hujung mata.. KETUMBIT!! terus dalam otak, fikir dapat ke tidak pergi berbuka  puasa buffet dekat BCCK nanti (Borneo Convention Centre Kuching). yelah takkan nak pergi dengan mata bengkak sexy macam ni. :D awwww~

Lusa nanti (jumaat) semua staff  pegi berbuka kat sana.. so hopefully mata taklah berapa kembang sangat.. Baru tau yang ketumbit ni cuma ada masalah kelenjar minyak yang tersumbat. bukan masalah pada mata tetapi masalah kulit. mungkin terdapat kekotoran pada kelopak mata.. sebab tu lah orang pesan bila nak sentuh bahagian muka pastikan tangan kena cuci dulu..


Info Ketumbit 
* Bukan penyakit mata tetapi penyakit kulit * Antara gejala ketumbit bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata ialah bengkak sekeliling kelopak mata, sakit, kelopak mata merah, mata pedih, berair, rasa tak selesa dan sensitif pada cahaya * Kosmetik untuk mata yang diuji secara optalmologi dan dermatologi tidak menyebabkan ketumbit
          (sumber : berita harian online) LINK <--------



Cara Merawat :

Ni bukanlah kali pertama saya kena ketumbit.. Biasanya setiap kali saya gosok mata, esok hari mesti kena .. so jarang jugak saya gosok sebab kadang-kadang bila teringat balik terbantut nak gosok.. cuma semalam terlupa..sebab lama dah tak kena.

cara merawat pernah saya buat dulu,

  • cabut bulu mata yang dekat dengan ketumbit. esok hari pasti xda sakit lagi. (tapi sakitlah bila cabut!)
  • then kedua letak ubat berbentuk gel. sebenarnya byk jenis ubat .. cari jer dekat farmasi yang terdekat
  • lepas tu adik saya biasa letak air zam-zam dekat mata. 
  • dan orang cakap gunakan sudu celup dengan air panas kemudian tap tap ckit dekat mata supaya kembang tu makin surut.. saya belum pernah cuba lagi.. cuma 2 tu jer tadi.. kalau ada cara lain meh share kat comment








6 comments:

Zuan said...

uiks.. tak suka betul kalau kena macam ni

Nurul Atika said...

erghh..kite pon pernah kena aritu.
bila gosok mata die sakit gatal2..
lepas tu kite tuam dengan biji lada hitam tu balut sekali dengan tuala kecik.
tuam kat seterika bagi panas pastu letak kat ketumbit..
2 hari baru oke.. :)

MisEyz BLurz said...

ada kwn kmk pun petua..dr nenek moyang pun..mun rasa2 mcm ketumbit tok nak tumbuh di mata,mulalah daknya amik benang,ikat kat cgek jarik tgn..xtauk knk mcmya..ehee..skdara perkongsian jak..hihi^_^

boni kacak said...

ada petua yang suruh hiris tempat yang kena ketumbit tu dengan lalang punya tepi daun tu. pergh. macam menakutkan je

ejulz said...

kesian.. smoga cepat bait ktk..

Azham Vsvc said...

hehe, saya pernah kena sekali je wakti darjah 4 kot....abes kena perli dlm kelas "mengendap orang mandi" la apa la...hahahaha...sejak lepas tu saya tak nak kena lagi dah hehe :)